Situasi dan kondisi kotak hitam Kotak hitam MH17

Dari rakaman video yang tersebar , jelas sekali lokasi nahas telah diceroboh oleh orang awam dan pihak pemisah Ukraine. Hal ini berlaku kerana kawasan kejadian terlalu luas untuk dikawal, sekitar 14 km persegi dan berbahaya kerana kejadian tembak-menembak masih berlaku.

Naib Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman menyatakan 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan. Mayat yang dijumpai disimpan dalam plastik hitam, dimasukkan ke tren kereta api berhawa dingin di Torez. Seterusnya dibawa ke Kharkiv, 300 km dari situ. [2]

Pada mulanya pihak pemisah Ukraine mendakwa mereka telah menemui dan menyimpan kotak hitam MH17. Kemudian kerajaan Ukraine mendakwa mereka juga telah menjumpai kotak hitam yang kedua. Agensi berita Rusia, Interfax melaporkan Timbalan Perdana Menteri Pertama Donetsk, Adriy Purgin bahawa kotak hitam mh17 akan dihantar ke Moscow untuk disiasat oleh Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC). Pejuang pemisah Donetsk itu pro Rusia.[3]

Kerajaan Malaysia telah menghantar 130 petugas dari Malaysia ke Kiev dengan pelbagai tugas seperti forensik, pengurusan jenazah, keselamatan dan penyiasatan serta penyelidikan.